Wednesday, December 10, 2008
Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum warah matullah Ana bukanlah insan yang terbaik untuk menegur. Atas dasar mengingatkan dan ingin membetulkan sahabat2 yang ana kasihi fillah. Sudah lama terbuku di hati cuma tak dapat disampaikan. Alhamdulillah, ana membaca satu tulisan dari satu web log yang ana kira sebagai 'apa yang ingin ana sampaikan'. tolong la baca hingga ke akhirnya.
teguran Dari Aku Untuk-Dirimu Meneliti beberapa weblog kawan-kawan, rakan taulan, sahabat-handai membuatkan ana terkasima, terjanggama, tersangkasuma serta pelbagai lagi rasa tidak saksama di hati dan kurang senang di diri. "Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma 'ruf, mencegah dari yang munkar" (At-Taubah: 71). Permasalahan Bercampur Lelaki Perempuan Sesungguhnya perintah menundukkan pandangan merupakan satu adab, tuntutan dan perintah sunnah yang diperintah oleh Allah swt dan diajari oleh sunnah baginda salallahualaihiwasalam. Ana merasa pelik bagaimana pemilik-pemilik weblog tertentu boleh memaparkan gambar lelaki dan wanita bergambar di tepi pantai yang indah.....konon melalui satu program, baktisiswa dan pelbagai lagi. "Janganlah kamu mendekati zina sesung guhnya zina itu satu perbuatan yang sangat keji dan seburuk-buruk jalan (dalam memenuhi fitrah)?" (Al-isra : 32).
Sungguh, persahabatan lelaki perempuan, berbual di friendster, di Sms.ac, YM dan pelbagai lagi medan yang ana tahu dan tidak, tetapi sebenarnya ianya meragukan dan dipenuhi syubhat. Tidak bersalah berkenalan, tidak bersalah apa-apa untuk seorang lelaki menjemput seorang muslimah menyertai rangkaian "friendster"nya atau apa.... Namun menjadi kesalahan bagi seorang muslim yang beriman dengan Allah dan Rasul serta mengakui menuruti perintah Al-Qur'an dan sunnah untuk memaparkan gambar-gambar wanita dan lelaki sekalipun bertudung tetapi bercampur dalam sebuah gambar dengan tanpa keperluan yang mustahak dan darurat. "Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengharamkan apa yang baik yang dihalalkan oleh Allah kepada kamu dan janganlah kamu melampaui batas sesungguhnya Allah tidak suka kepada golongan yang melampaui batas?" (Al-Maidah : 87). Apakah kepentingan dan manfaat seorang yang beriman kepada Allah swt memaparkan gambar rakan-rakan kenalan wanitanya dalam weblog, friendster dan lain-lain sekiranya dia seorang yang muslim ? "Dan katakanlah kepada lelaki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluan-nya" (An-Nur: 30). "Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluan-nya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya?(An-Nur: 31). Lalu menulis di bawahnya " rehlah ke pantai" atau " kami berposing dengan gembira", apakah ini adab dan teladan sunnah rasulullah salallahualaihiwasalam ? Sekalipun pada zaman baginda rasulullah tiada kamera digital dan kamera manual tetapi tentu kita tahu bahawa sekiranya wujud kamera pun pada zaman nabi salallahualaihiwasalam para sahabat r.a dan Rasulullah tidak akan berpossing-possing bercampur lelaki dan perempuan dalam satu gambar !!! Sedangkan baginda pernah menyebut : Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, maka apabila dia keluar (dari rumah) , syaitan akan menghiasinya?/I> (Dikeluarkan oleh Al Bazzar dan At Tirmidzi dan dishahihkan oleh Asy Syaikh Al Albani dalam Irwaul Ghalil jilid I). "Sesunnguhnya nafsu itu sentiasa mengarah kepada kejahatan" (Yusof : 53). Baginda rasul pernah mengatakan : Sesungguhnya tidaklah datang malu melainkan membawa kebaikan?(hadith sahih riwayat Bukhari no 6117 dan Muslim no 37). Apakah mungkin sahabat r.a akan berpossing bertangkap gambar dengan sahabat wanita r.a dengan alasan mereka bergambar kenangan kononnya "ukhwah fillah" di tepi pantai yang indah atau di hutan peranginan kawasan rekreasi ? "Dan sesungguhnya pada peribadi rasulullah itu sebagai contoh teladan yang terbaik" (Surah Al-Ahzab : 21). MasyaAllah..., sekalipun ana ini dianggap kolot tetapi ana merasakan perlulah menegur sahabat-sahabat dan kenalan ana yang terlalu sangat modennya dan bebas pergaulannya. Kita perlu sedar, perbuatan bersosial lelaki perempuan tanpa batasan sangat ketara bertentangan dengan perintah daripada Al-Qur'an dan sunnah dan hendaklah kita berusaha menjaga diri dari maksiat. Tidak haram perempuan muslimah memaparkan gambarnya yang menutup aurat dan gambar-gambar bersama kawan-kawan perempuannya sekalipun hukumnya makruh dan dibenci serta boleh jatuh haram apabila mengundang fitnah tetapi apabila dia memaparkan gambar dirinya (wanita) dengan kawan-kawan lelakinya maka ianya sudah jadi salah dan seolah-olah umat Islam ini sama sahaja seperti barat yang biasa bergambar lelaki perempuan kawan kenalan cuma hanya tudung yang membezakan. Hubungan Bebas Lelaki Dan Wanita Sesungguhnya syariat Islam membataskan perhubungan lelaki dan wanita dalam apa jua keadaan yang tiada keperluan dan hendaklah hubungan itu berlangsung dengan menuruti syariat dan membawa manfaat bukan mudharat. Terlalu bebas hubungan lelaki perempuan baik dalam ruangan sihat di yahoo mesengger, di dalam mirc dan juga di dalam ruangan-ruangan agama yang merapu dan mengarut. "Sesunnguhnya nafsu itu sentiasa mengarah kepada kejahatan" (Yusof : 53). Kita lihat dalam group-group dan ruangan agama yang dibangunkan secara portal banyak mengarut sekalipun mengunakan nama-nama agama dan arab tetapi dalamnya lelaki dan perempuan bebeas mengarut dan bermaksiat dan merapu dan berkenalan dan bersosial seolah-olah seperti barat cuma di atas namakan agama. eida (bukan nama sebenar) : Hai..apa kaba ? cihat tak ? i just visit your blog...nice i like it...ukhwah fillah...bila boleh jumpa tuan punya blog ( lelaki) : baik....u pulak jaga diri yee...ukhwah Fillah ! Apabila ana membaca tulisan di atas dalam ruangan chitchat di blog-blog dan juga seringkali menemui percakapan bodoh, kosong seperti ini dalam ruangan-ruangan agama maka ana merasa sedih dan terkilan dengan budaya Islam di Malaysia yang sudah mengarut. Rasulullah Shalallahu 'Alaihi wassalam bersabda : Aku melihat ke dalam syurga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakkan penduduknya adalah wanita?(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas dan Imran serta selain keduanya). Dari Imran bin Husain dia berkata, Nabi Shalallahu 'Alaihi wassalam bersabda : Sesungguhnya penduduk syurga yang paling sedikit adalah wanita.?(hadith riwayat Muslim dan Ahmad). Imam Qurthubi rahimahullah mengulas hadits di atas dengan pernyataannya : Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk syurga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecondongan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal. Kemudian mereka juga sebab yang paling kuat untuk memalingkan kaum lelaki dari akhirat disebabkan adanya hawa nafsu dalam diri mereka, kebanyakan dari mereka memalingkan diri-diri mereka dan selain mereka dari akhirat, cepat tertipu jika diajak kepada penyelewengan terhadap agama dan sulit menerima jika diajak kepada akhirat.?/I> (Jahannam Ahwaluha wa Ahluha halaman 29-30 dan At Tadzkirah halaman 369). Apalah gunanya ada jemaah-jemaah dan gerakan sofwah Islamiyah sekiranya mereka dengan gerakan-gerakan dan persatuan-persatuan ini lebih merosakan dan mencampurkan anak-anak muda lelaki dan perempuan dengan mengatas namakan agama ?? Muslimat tudung labuh konon menjaga diri tetapi boleh pula bergambar senyum manis dengan rakan-rakan lelaki yang berkopiah merah, putih dan kopiah raihan konon "ukhwah Islamiyah" sedangkan Islam bukanlah demikian dan pemikiran umat Islam Malaysia sudah melampaui batasan. Segala puji hanyalah bagi Allah swt dan dalam kesakitan dan kesihatan yang merosot dan diri yang lemah ini ana memanjatkan rayuan kepada umat Islam kembalilah kepada sunnah rasulullah salallahualaihiwasalam. Pesanan buat muslimah, hentikanlah kata-kata mengedik-gedik, terhegeh-hegeh, mengatal tak tentu hala dan jadilah muslimah solehah yang menjaga diri, cakapan dan tulisan serta perangai. Bagi muslimin, hendaklah menjaga diri dengan iman dan ilmu serta akhlak yang soleh dan mentaati perintah Allah dan rasul-Nya, usahakan menghindari fitnah wanita dan godaan percampuran bebas kerana lelaki yang soleh ialah yang menjaga dirinya dari maksiat kepada Allah swt. Sabda baginda rasulullah : " Tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah swt di hari tiada naungan (perlindungan) selain dari perlindungan Allah...pemuda yang hidup dalam ibadah kepada Allah (jauh dari maksiat) ....pemuda yang apabila digoda oleh wanita yang cantik dan berkedudukan untuk melakukan maksiat lalu berkata : Sesungguhnya aku takut kepada Allah..." ( Hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim). Katakanlah wahai muslimin sejati, salafi dan sunni dan hakiki dan umat Nabi Salallahualaihiwasalam apabila kamu di goda oleh muslimat-muslimat dengan menerima kehadiran mereka tanpa diundang dalam hidup kamu dengan berkata "Sesungguhnya aku takut kepada Allah". Segala puji hanyalah bagi Allah swt, semoga Allah menerima diri ana di sisinya dan kepadanyalah ana kembali... Sakit ini satu nikmat Kerananya kita menyedari akan perihal rahmat Hikmah yang tersembungi di dalam langit tinggi Hanya pemilik langit dan bumi yang mengetahui Kesembuhan itu aku tidak ingini Keredhaan itulah yang aku dambai ************** sahabat2...jangan halalkan apa yang allah dah haramkan walaupun atas dasar UKHWAH kerana matlamat tak menghalalkan cara banyak lagi cara yang betul untuk berukhwah jangan rosakkan nama islam jangan cemarkan dengan perbuatan yang salah ana harap baca dengan hati terbuka dan pihak bertanggungjawab disini boleh selesaikannya ana menegur seikhlas hati bukan untuk yang lain selain kasih kepada sahabat2 kerana Allah wallahu'alam
wassalaam...
bacalah kawan2ku yg disayangi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment