Friday, November 28, 2008
Ciri utama dari Din Al-Islam ialah ia tidak membenarkan sesuatu pertentangan, juga pemisahan yang ketara antara kehidupan kerohanian dan kehidupan dunia. Islam tidak sekadar membataskan dirinya untuk membina ketinggian kerohanian dan akhlaq semata-mata. Ruang lingkup peraturan yang dikemukakannya mencakupi segenap bidang kehidupan insan. la hendak melahirkan bukan sahaja ketertiban hidup diri perseorangan malah ketertiban hidup masyarakat manusia seluruhnya ke dalam pola-pola yang sihat dan bersih sehingga Kerajaan Allah dibangunkan dalam bentuk kenyataan di atas muka ini. Dengan demikian keamanan, kebahagiaan dan kemakmuran akan memenuhi segenap pelusuk muka bumi dan saujana samudera.
Cara hidup Islam didasarkan atas satu pendekatan yang unik kemas serta mantap dan ia merupakan konsep istimewa tentang kedudukan insan dalam alam semesta ini. Itulah sebabnya mengapa perlunya kita memahami terlebih dahulu Tasawwur lslami (konsepsi hidup menurut ajaran Islam) sebelum kita menangani atau membincangkan persoalan ini, masyarakat, politik dan ekonomi dari kacamata Islam.
Allah Rabul 'Alamin - Dialah Pencipta. Penguasa dan Pemilik alam semesta, mencipta manusia dan menyediakan baginya tempat tinggal sementara di suatu tempat dari alam jagatnya yang luas yang dikenali sebagai bumi. Dia telah mengurniakan kepada manusia alat-alat berfikir dan memahami serta telah mengurniakan kemampuan membezakan antara yang Haq dengan yang Bathil. Manusia juga telah diberikan kebebasan dengan daya ikhtiar dan hak memilih malah ia juga diberikan kuasa untuk menggunakan sumber-sumber alam mengikut cara yang disukainya. Secara ringkas dapatlah dikatakan bahawa manusia telah diberikan satu kuasa autonomi di samping tugas kekhalifahan yang telah diamanahkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala kepadanya (untuk menjaga dan memelihara muka bumi ini).
Sebelum mengamanahkan tugas kekhalifahan di atas muka bumi ini kepada manusia, Allah Subhanahu Wata'ala telah menjelaskan kepada manusia bahawa Dialah satu-satunya Pemilik, Penguasa dan Tuhan kepada alam ini. Dengan demikian seluruh isi alam dan segala ciptaan di dalamnya (termasuk manusia) wajib tunduk patuh hanya kepada Dia sahaja. Manusia mestilah tidak memikirkan bahawa dirinya bebas tanpa sebarang peraturan dan dia sepatutnya tahu bahawa tempatnya di atas muka bumi ini bukanlah tempat yang kekal abadi baginya. Ia ditetapkan untuk tinggal di atas muka bumi hanya bagi suatu tempoh percubaan yang telah ditetapkan, dan kelak bila tepat tiba pada masanya ia dikembalikan kepada Pemiliknya untuk diadili sesuai dengan cara mana ia telah melaksanakan amanahnya dalam jangka waktu percubaan yang telah di alaminya.
Satu-satunya jalan yang benar untuk manusia ialah dengan mengakui bahawa Allah Subhanahu Wata'ala satu-satunya Tuhan dan Pemilik dan kepada petunjuk dan arahannya sahajalah manusia patut mengikutinya di dalam membina kehidupan. Manusia haruslah menyedari bahawa kehidupannya nanti akan diadili dan satu-satunya tujuan hidupnya ialah untuk mencapai MARDHATILLAH (keredhaan Allah) bagi membolehkannya layak menerima balasan baik di Hari Akhirat. Sebarang sikap dan haluan yang bertentangan dengan perkara di atas akan membawa manusia kepada kesesatan dan kemusnahan. Sekiranya manusia mengikuti jalan yang baik, dan taqwa (yang ia adalah bebas untuk memilih dan mengikutinya) nescaya ia akan mendapati kejayaan di dunia dan di akhirat. Di dunia dia akan beroleh kehidupan yang aman damai dan puas manakala di akhirat nanti ia merupakan orang yang layak menerima balasan Syurga Allah (Al Jannah). Dan jika ia memilih jalan yang lain menafikan dengan peraturan-peraturan Tuhan dan jalan yang jahat (juga merupakan jalan yang ia bebas memilih dan mengikutinya) nescaya kehidupan dunianya menjadi kehidupan yang penuh dengan penyelewengan, penipuan, kefasiqan dan kekecewaan manakala di Akhirat nanti ia ditimpa bala derita, siksa kepedihan dan rintihan penyesalan yang tidak berpangkal di dalam neraka Jahim.
Sesudah memberikan peringatan ini, Allah Subhanahu Wata'ala telah menempatkan manusia di atas muka bumi dan menyediakan manusia yang pertama (iaitu Nabi Allah Adam dan Sayyidatina Hawa) dengan PimpinanNya dan manusia mesti menjalani kehidupan di atas muka bumi ini berpandukan ketentuan dan peraturan yang telah ditetapkanNya. Dengan demikian kehidupan manusia di atas muka bumi ini tidak dimulai dengan keadaan gelap gulita.
Manusia yang pertama itu telah disediakan dengan sinar cahaya yang terang benderang dan Hidayah bimbingan yang membolehkan manusia mencapai kehidupan yang gilang-gemilang. Manusia yang pertama (iaitu Nabi Adam 'Alaihissalam) menerima Ilmu Tanzil dari Allah sendiri. Baginda mempunyai ilmu tentang hakikat dan telah diberikan pula peraturan hidup yang apabila dipatuhi ia akan mencapai serta menikmati kehidupan yang diredhai dan berjaya. Peraturan ini ialah Islam, satu sikap tunduk patuh secara menyeluruh kepada Allah, Dialah Pencipta manusia dan seluruh alam jagat ini. Agama inilah agama Nabi Allah Adam 'Alaihissalam, manusia pertama yang kemudiannya mewariskan kepada zuriat keturunannya.
Tetapi generasi-generasi kemudiannya secara beransur-ansur telah menyeleweng serta menyimpang dari jalan yang benar dan mula mengambil jalan-jalan dari suara-suara yang salah dan palsu. Disebabkan oleh kelalaian mereka sendiri, mereka telah kehilangan ajaran-ajaran asli, atau kerana kebodohan atau kejahilan, mereka telah memalsukan dan memutarbelitkan ajaran-ajaran tersebut. Mereka menyekutukan (syirik) Allah Subhanahu Wata'ala dengan manusia, makhluk-makhluk yang tidak bernyawa dan benda-benda khayalan mereka yang tidak terkira itu sebagai tuhan-tuhan dan dewa-dewa dan telah memasukkannya dalam bentuk syirik yang paling buruk dan jelek.
Mereka telah mencampuradukkan ajaran-ajaran suci dari Allah dengan dongengan-dongengan, fikiran-fikiran dan falsafah-falsafah yang akhirnya menghasilkan belantara agama (bermaksud banyak agama) dan budaya. Mereka telah membelakangkan prinsip-prinsip etika sosial dan akhlaq jama’ah yang diberikan oleh Allah, iaitu Shari'at dan mengecewakan hidup manusia dari kebahagiaan dan kedamaian.
Sekalipun manusia telah tersisih dari landasan kebenaran, mengabaikan dan memutarbelitkan SYARI'AT, malah terdapat sebahagian dari mereka yang memberontak terhadap peraturan-peraturan Ilahi. Namun begitu Allah tetap tidak membinasakan mereka atau memaksa mereka kepada jalan yang benar. Paksaan untuk mereka menerima jalan yang benar tentu sekali tidak serasi dengan autonomi yang telah Allah berikan kepada manusia. Sebaliknya Allah telah mengangkat orang-orang mulia yang tertentu dari kalangan mereka untuk memikul tanggungjawab memanggil semula dan membimbing manusia ke jalan kebenaran selagi mereka itu masih memenuhi ruang muka bumi ini. Mereka ini adalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hidup mereka merupakan hidup yang penuh ketaatan kepadaNya. Allah telah memuliakan mereka dengan wahyuNya dan memberikan mereka ilmu tentang Hakikat. Mereka ini dikenali sebagai Nabi-Nabi (Sallallahu 'alaihim Ajma'in) yang telah diberikan tugas menyampaikan Risalah kebenaran kepada manusia dan menyeru manusia supaya mengikuti jalan Allah Subhanahu Wata’ala.
Nabi-Nabi ini dibangkitkan di segala zaman, di segala negeri dan di dalam semua bangsa. Bilangan mereka melebihi ribuan orang. Mereka semuanya membawa risalah yang sama, mengutarakan cara hidup yang sama (Din) - iaitu cara yang ditanzilkan kepada manusia sejak hari pertama kewujudan. Mereka semuanya mengikuti petunjuk (Hidayah) yang sama: petunjuk yang dikurniakan oleh Allah untuk manusia sejak hari pertama kehidupannya di atas muka bumi. Mereka semuanya berjuang untuk risalah yang sama; mereka menyeru manusia kepada Agama Islam, meminta mereka yang telah menerima petunjuk Allah supaya menjalani kehidupan mengikut peraturan-peraturan Allah dan berusaha membawa mereka di dalam satu jama'ah gerakan untuk menegakkan undang-undang Allah dan mengakhiri penyelewengan-penyelewengan dari jalan kebenaran.
Setiap Nabi telah berusaha memenuhi tuntutan risalah ini dengan cara yang sebaik mungkin. Tetapi sebilangan manusia yang tidak kecil jumlahnya tidak sekali-kali menerima petunjuk mereka dan ramai dari mereka yang menerimanya pula, secara beransur-ansur sesat menyimpang selepas masa yang panjang berlaku. Mereka kehilangan petunjuk atau memutar-belitkannya dengan memasukkan perkara-perkara baru dan penyelewengan-penyelewengan.
Akhirnya Allah membangkitkan Nabi Muhammad Sallallahu'alaihi Wasallam di tanah Arab dan mengamanahkan kepada Baginda untuk menyempurnakan Risalah yang pernah diperintahkan kepada Nabi-Nabi sebelumnya. Risalah Nabi Muhammad ini adalah untuk seluruh manusia. Baginda mengemukakan kembali ajaran-ajaran Islam dalam bentuknya yang asal dan sekali lagi memberikan "Pedoman Hidup" dari Allah yang mereka telah kehilangannya dalam bentuknya yang asal.
Baginda telah mengumpulkan seluruh mereka yang telah menerima risalahnya ke dalam satu UMMAH yang bertanggungjawab membangunkan kembali kehidupan mereka sejajar dengan Islam dengan cara menyeru manusia kembali ke jalan kebenaran dan untuk menegakkan Kalimatullah sebagai kuasa tertinggi di atas muka bumi ini. "Pedoman Hidup" ini telah termaktub di dalam kitab suci Al Quran yang merupakan satu-satunya peraturan hidup yang benar bagi umat manusia.
Demikianlah beberapa kaedah dasar yang dimaksudkan perlu kita fahami dalam melihat kehendak Allah Subhanahu Wata'ala yang telah menyediakan kepada manusia pedoman-pedoman hidup manakala di sudut lain Allah telah menjelaskan tentang watak, kedudukan dan darjat manusia di dalam alam jagat yang luas ini.
Sekarang marilah kita mengkaji dasar-dasar yang di atasnya Al Quran menegakkan hubungan manusia dengan Allah Subhanahu Wata'ala dan konsepsi hidup yang dengan sendirinya lahir dari perhubungan tersebut. Al Quran telah menjelaskan permasalahan di atas di beberapa tempat tetapi keseluruhan konsep hidup sebagai yang digambarkan telah tersimpul di dalam ayat berikut:
نَّ اللّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالإِنجِيلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللّهِ فَاسْتَبْشِرُواْ بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُم بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Maksudnya: "Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata'ala telah membeli diri orang-orang Mu'min, jiwa-jiwa mereka dan harta kekayaan mereka dengan menyediakan bagi mereka Al Jannah (syurga). Mereka berperang di jalan Allah, mereka membunuh (musuh-musuh Allah) dan mereka dibunuh (oleh musuh- musuh Allah). (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar." (Surah Al-Taubah: ayat 111)
Dalam ayat di atas hubungan yang wujud di antara manusia dengan Allah adalah atas landasan IMAN (perilaku yang penuh sedar meletakkan kepercayaan kepada Allah) telah dipanggil 'penjualan'. Ini bermakna bahawa beriman dengan Allah bukanlah satu konsep metafisik semata-mata; ia merupakan satu corak 'perjanjian' dalam mana manusia menyerahkan seluruh kehidupan dan harta miliknya kepada Allah dengan mendapat tukaran syurga yang telah dijanjikan baginya di Akhirat nanti. Dapatlah dikatakan bahawa Allah memberi kehidupan dan harta milik orang-orang yang beriman serta berjanji dengan hanya balasan adalah Syurga bagi kehidupan sesudah mati. Konsep 'penjualan' ini mempunyai natijah yang amat penting dan dengan demikian kita mestilah terlebih dahulu memahami watak dan maknanya dengan sejelas-jelasnya.
Kedudukan sebenar perkara ini ialah bahawa setiap benda di dalam dunia ini adalah milik Allah Subhanahu Wata'ala. Dialah Pemilik sebenar bagi segala benda. Dengan demikian kehidupan manusia dengan segala kekayaannya juga adalah milik Allah kerana Dialah yang mencipta mereka dan memberikan tanggungjawab kepada setiap insan menggunakan benda-benda itu (dengan cara yang hak). Melihat permasalahan dari sudut ini, sebarang persoalan mengenai jualan dan belian tidak timbul sama-sekali. Allah adalah pemilik sebenarnya. Oleh yang demikian tidak timbul persoalan Ia membeli sesuatu yang telah memang menjadi miliknya. Sebaliknya manusia bukanlah pemilik sebenar segala yang dimaksudkan dan dengan demikian manusia tidak mempunyai apa-apa hak untuk menjualnya.
Namun demikian ada satu perkara yang Allah kurniakan kepada manusia, yang sekarang menjadi milik penuh untuk dirinya iaitu 'kebebasan ikhtiar'; kebebasan untuk mengikuti atau mengingkari jalan Allah. Oleh kerana manusia telah dikurniakan dengan kebebasan itu dia adalah bebas untuk mengakui atau tidak kebenaran sesuatu perkara. Sekalipun manusia mempunyai kebebasan kehendak dan kuasa memilih, ini tidaklah bermakna ia menjadi pemilik sebenar segala tenaga dan sumber yang dikuasainya, juga tidak bermakna ia boleh menggunakannya mengikuti kemahuan dirinya sendiri sama sepertimana pengakuan atau penolakan sesuatu kebenaran itu tidak akan memberi bekas kepada kebebasan itu, begitulah 'kebebasan' itu bererti ia bebas mengakui atau menolak kedaulatan Allah Subhanahu Wata'ala ke atas kehidupan dan harta bendanya. Sebaliknya dia meletakkan dirinya sendiri untuk bertindak secara mutlak.
Jika ia mahu berbuat demikian ia boleh menganggap dirinya bebas dari sebarang ikatan peraturan dengan Allah dan boleh berfikir bahawa ia menikmati hak-hak dan kekuasaan secara mutlak ke atas semua perkara yang dimilikinya dan dengan semikian ia boleh menggunakan segala-galanya itu menurut kehendaknya sendiri tanpa terikat dengan mana-mana peraturan yang lebih tinggi darinya. Di sinilah sebenarnya timbul masalah 'jualan' tadi. Penjualan itu tidak bermakna bahawa Allah memberi sesuatu yang dimiliki oleh manusia. Inilah watak yang sebenarnya.
Semua makhluk adalah kepunyaan Allah tetapi la telah mengurniakan barang-barang tertentu kepada manusia untuk digunakan sebagai satu amanah dariNya. Dan manusia telah diberikan kebebasan untuk menunaikan amanah Allah itu secara jujur atau kalau dia disukainya dia akan menyalahgunakan dan berbuat derhaka terhadap Allah.
Allah telah menuntut agar manusia dengan rela (tanpa sebarang tekanan dan paksaan) sanggup segala barang-barang tadi sebagai milikNya dan wajib menggunakannya sebagai satu amanah dari Allah dan bukan mengganggapnya sebagai hak milik pensendirian yang boleh digunakan mengikut kehendak hatinya. Oleh yang demikian manusia yang secara sukarela menolak kebebasan itu malah menolak kekuasaan tertinggi dari Allah dan sebagai ganti pengakuannya terhadap kekuasaan Allah tentulah dapat dikatakan dia telah menjual autonominya (yang juga merupakan suatu kurniaan dari Allah dan bukanlah sesuatu yang manusia memperolehinya dari dirinya sendiri) kepada Allah, dan sebagai balasan yang telah Allah janjikan ia menerima balasan Syurga yang kekal abadi.
Seseorang yang melakukan penjualan seperti itu adalah seorang Mu'min dan IMAN adalah gelaran yang diberikan oleh Islam kepada 'iqrar setia' ini, sementara sesiapa yang memilih untuk tidak memasuki 'iqrar setia' ini dan mengambil satu jalan yang berlawanan dengan Islam, maka ini bererti batallah perjanjiannya dengan Allah dan ia adalah KAFIR dan percubaannya mengkhianati atau meleburkan janjinya dengan Allah itu diistilah sebagai KUFUR.
Itu adalah bentuk 'ikatan'. Sekarang marilah kita mengkaji secara ringkas berbagai-bagai aspek dan ketentuan-ketentuannya:
1. Allah Subhanahu Wata'ala menguji kita dengan dugaan-dugaan yang hebat dalam dua perkara:
a) Ia telah membiarkan manusia hidup bebas. Namun demikian setelah diberi kebebasan ia ingin melihat samada manusia itu menyedari kedudukannya atau tidak; samada ia masih jujur dan bersikap gagah dan memelihara kesetiaannya kepada Allah atau ia kehilangan pedoman dengan memberontak terhadap Penciptanya; atau ia bergelagat sebagai suatu jiwa yang mulia atau memijak-mijak nilai-nilai budisusila dan melakukan penipuan-penipuan sehingga Malaikat-Malaikat menangis kepiluan lantaran jelek dan ngeri budinya.
b) Dia (Allah) ingin melihat sama ada manusia bersedia untuk yakin kepada Allah yang menawarkan kehidupan dan harta kekayaannya dengan balasan-balasan yang telah dijanjikan bagi kehidupan di Hari Akhirat dan Allah ingin melihat sama ada ia bersedia atau tidak untuk rela patuh menyerahkan kuasa autonomi dan segala kemanisan dan kelazatannya dengan merelakan dirinya menerima balasan janji sebagai bekal masa depannya.
2. Ia adalah menjadi satu prinsip hukum Islam yang telah diterima bahawa IMAN merupakan kepahitan dan ketaatan kepada satu rangkai ajaran (doktrines) dan sesiapa saja yang berpegang kepada ajaran-ajaran tersebut mereka menjadi seorang yang Mu'min. Tidak ada siapa pun yang berhak mencela mereka sebagai orang yang tidak beriman atau pun mengeluarkan mereka dari ikatan kesatuan ummah, kecualilah kalau terdapat bukti-bukti yang jelas tentang kepalsuan dan pengingkaran iman mereka. Ini adalah aspek hukum kepada masalah tersebut. Tetapi pada pandangan Allah Subhanahu Wata'ala IMAN itu mempunyai nilai hanya apabila kemahuan dan pilihan manusia itu tunduk patuh sepenuhnya kepada perintahNya. Di sinilah terletaknya pemikiran dan tindakan di mana diri manusia patuh mentaati sepenuhnya kepada Allah dengan menafikan runtunan nafsu dan ketinggian dirinya. Ini adalah sesuatu yang datangnya dari sudut hati sanubari. Inilah satu sikap oleh orang yang waras dan punya persediaan dalam sesuatu tindakan tertentu.
Jika seseorang itu mengungkapkan Kalimah Shahadatain membuat iqrar mentaati ajaran Allah, malah mengerjakan sembahyang dan melakukan lain-lain ibadat tetapi di dalam hatinya ia masih mempunyai rasa dialah yang berhak ke atas dirinya dan dialah juga yang menguasai dan menentukan kekuatan anggota tubuh badan dan daya pemikirannya; dan dengan akhlaq dan sumber kebendaannya dia menggunakan semua itu mengikut kehendaknya dan terus bersikap degil melayani pegangannya sebabnya banyak manusia sekalipun melihatnya sebagai Mu'min, Allah tetap tidak melihatnya sebagai Mu'min malah ia, tidaklah termasuk dalam tawaran penjualan yang disebut oleh Allah di dalam kitab Suci Al Quran kerana perilaku demikian tidak langsung mengandungi unsur-unsur IMAN.
Kalau seorang manusia itu tidak menggunakan kuasa dan sumber-sumber mengikut jalan yang telah diperintahkan oleh Allah malah dia menggunakan dengan cara dan untuk tujuan yang terlarang, maka tindakan demikian jelas sekali ia tidak menjanjikan kehidupan dan hartanya kepada Allah atau kalau pun telah dijanjikannya, dia mengkhianati perjanjian tersebut dengan amalan-amalan atau perbuatan- perbuatannya sendiri.
3. Watak Iman membuatkan cara hidup Islam berkerja dan sangat berbeza dari cara hidup yang bukan Islam. Seorang Muslim yang benar IMANnya kepada Allah, membentuk seluruh aspek hidupnya patuh mentaati kehendak Allah. Seluruh hidupnya adalah satu pengabdian dan kepatuhan dan dirinya tidak bertindak laku dengan cara yang angkuh atau mengikut jalan sendiri kecuali ia melakukannya dalam keadaan terlupa. Tetapi selepas kembali sedar ia segera bermohon keampunan kepada Allah dan bertaubat dari kesalahannya. Begitu juga sekumpulan manusia atau masyarakat yang dianggotai oleh orang yang benar-benar beriman tidak akan menyimpang dari undang-undang Tuhan mereka. Peraturan-peraturan politik, system undang- undang dan strategi antarabangsanya mestilah segala-galanya selaras dengan alasan-alasan pimpinan yang telah diwahyukan oleh Allah Subhanahu Wata'ala dan mestilah tidak sedikitpun berlawanan denganNya. Dan kalaulah terjadi kesalahan atau tertinggal mana bahagian ia mestilah dibetulkan segera bila disedari dan kembali kepada garis-garis yang telah ditentukan oleh Allah. Hanya golongan kafir sahaja yang merasa lepas bebas dari pimpinan Tuhan dan bertindak sesuka hati mengikut kemahuan. Barangsiapa bertindak atas dasar demikian, sekalipun mempunyai gelaran nama yang sama dengan seorang Islam (Muslim), ia adalah seorang yang mengikuti jejak Syaitan dan mengikuti jalan golongan-golongan orang yang KAFIR.
4. Kehendak Tuhan, yang berkewajipan untuk diikuti oleh manusia, adalah satu-satunya yang Tuhan sendiri telah mewahyukan sebagai petunjuk kepada manusia. Kehendak Allah itu bukanlah hak manusia untuk menentukannya. Tuhan sendiri telah menyatakannya secara jelas dan tiada keraguan mengenainya. Oleh yang demikian kalaulah seorang atau sesuatu atau sesuatu masyarakat itu jujur, mulia dan tegas dalam perjanjian dengan Allah, ia berkewajiban membentuk seluruh segi kehidupannya menurut (peraturan- peraturan yang termaktub dalam) Kitab Allah dan Sunnah RasulNya Sallallahu 'Alaihi Wasallam dengan satu pandangan yang mudah akan dapat dilihat bahawa semua aspek-aspek dan ketentuan-ketentuan ini secara logiknya sudah terkandung di dalam penjualan itu dan adalah nyata sekali dari perbincangan di atas mengapa bayaran 'harga' itu ditangguh hingga kepada Hari selepas kematian (kehidupan di Alam Akhirat).
Syurga bukanlah anugerah kerana pengakuan Iman semata-mata tetapi ia adalah satu anugerah sebagai balasan kepada perlaksanaan dari pengakuan iman yang telah diiqrarkan. Jika tidak perjanjian itu ditunai sepenuhnya dan tabiat hidupnya benar telah serasi dengan persyaratan 'janji' maka ia tidak berhak kepada balasan sedemikian. Oleh itu tindakan terakhir dari 'penjualan' itu dikira hanya pada waktu-waktu akhir kehidupan si penjual dan adalah sesuatu pembalasan diberikan untuknya di alam Akhirat.
Satu lagi perkara penting akan timbul dari pengkajian Ayat (Al Qur'an) yang tersebut apabila ianya dibaca dengan merujuk perkara yang berhubungan. Dalam ayat-ayat lain yang mendahuluinya, rujukan telah dibuat kepada orang-orang yang mengaku diri mereka beriman dan berjanji untuk setia dalam mentaati Allah, tetapi apabila tiba ujian-ujian daripada Allah terbuktilah kepalsuan pengakuan mereka. Sebahagian dari mereka cuai dengan panggilan waktu malah ada yang mengkhianati perjuangan Islam. Manakala sebahagian yang lain pula bersikap munafiq dan enggan untuk mengorbankan kesenangan dan kemewahan hidup mereka demi perjuangan di jalan Allah.
Selepas menjelaskan tentang hal-hal orang seperti ini dan mengecam sifat yang tidak ikhlas dan pura-pura itu Al Quran telah menjelaskan bahawa IMAN adalah satu 'perjanjian' - yakni satu bentuk janji dari manusia kepada Allah. Ianya bukanlah semata-mata pengakuan percaya kepada Allah. Ianya adalah satu pengakuan bahawa hanya Allah sahaja Tuhan kita, Dialah yang menjadi Pemerintah Tertinggi, Penguasa dan seluruh benda yang ada pada manusia termasuk kehidupannya adalah milik Allah dan dengan demikian manusia berkewajipan mengguna benda-benda tersebut mengikut ketetapan dari Allah. Jika seseorang Muslim mengambil sesuatu peraturan lain yang bertentangan dengan Islam, dia sudah tidak lagi berlaku jujur dehgan iqrar keimanannya. Orang-orang yang benar IMANnya ialah orang-orang yang menjual seluruh hidupnya dan apa saja yang dimilikinya kepada Allah dan orang-orang yang mengikuti segala perintah Allah dalam semua bidang kegiatan. Mereka mempertaruhkan segala-segala yang ada dalam menegakkan perintah- perintah Allah dan tidak sedikitpun menyimpang dari jalan dan ketaatan kepada Allah Rabul 'Alamin. Itulah sahaja orang-orang yang benar-benar beriman.
Thursday, November 27, 2008
benarkah politik malaysia bercanggah dgn ISLAM????
Islam adalah satu jalan yang bersih dan murni lahir dan batin. Cara hidup Islam penuh rahmat, kasih sayang dan harmoni. Penuh didikan dan kebaikan. Hukumannya adalah keadilan dan pengampunan. Allah SWT yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang, mencipta satu cara hidup yang amat sempurna untuk hamba-hamba- Nya. Suci daripada segala kekotoran dan kelemahan.
Keindahan Islam diakui oleh fitrah murni manusia sekalipun bagi orang bukan Islam. Kerana Islam itu agama fitrah. Mengamalkannya tidak mendatangkan mudarat dan ia tidak pula memudaratkan orang lain. Dengan kata lain, Islam itu agama selamat dan menyelamatkan.
Kalaulah kita berpeluang menyaksikan dengan mata kepala sendiri akan realiti hidup Rasulullah SAW dan salafussoleh, tentu kita akan menyaksikan satu kehidupan yang sungguh menakjubkan. Peribadi mereka sangat tinggi dan akhlak baik mereka sangat menonjol. Cara hidup mereka walau dalam apa bidang sekalipun tetap dihiasi dengan akhlak yang mulia. Orang-orang bukan Islam pun sangat mengkagumi mereka. Sebab itu ramai orang yang memeluk Islam hanya kerana melihat kebaikan mereka itu. Inilah rahsia atau anak kunci kejayaan Rasulullah dan para Sahabat untuk dapat menawan hati man usia. Mereka tidak pernah berjuang untuk merebut kerusi (jawatan). Tetapi manusia memberi mereka kerusi kedudukan yang mulia.
Untuk melaksanakan kebaikan, cara atau kaedahnya juga mesti baik. Tidak ada dalam ajaran Islam itu matlamatnya baik tetapi cara melaksanakannya kotor. Kalau kita hendak menderma misalnya, caranya mestilah dengan baik. Bukan dengan sombong dan mengungkit-ungkit. Akan tertolak pahalanya di sisi Allah.
Seorang yang ingin menghiburkan orang lain, tetapi menempuh cara-cara maksiat dan mungkar, tidak diterima kebaikan itu sebagai ibadah kepada Allah. Orang yang hendak menegakkan kebenaran melalui cara yang batil, yang dibuat itu tidak lagi dianggap kebenaran. Bahkan ia dianggap kebatilan yang disadur dengan kebenaran.
Itulah dia akhlak Islam. Bahawa sesuatu usaha itu hanya akan jadi ibadah kepada Allah bilamana dapat menepati lima syarat. Yakni niat, cara, subjek, natijah semuanya mesti mengikut syariat Allah, di samping kita tidak meninggalkan perkara-perkara atau ibadah yang asas.
Orang yang mahukan matlamat saja baik tanpa menempuh cara-cara atau perlaksanaan yang baik, yakni orang yang menggunakan matlamat untuk menghalalkan cara, mereka ini termasuk dalam ayat:
Maksudnya: "Jangan kamu mencampurkanyang hak dan yang batil.?(AI Baqarah: 42)
Yang hak itu agama Tuhan. Yang batil itu jalannya seperti jalan demokrasi dan lain-lain.
Mereka ini sepertilah orang yang mahu ke satu destinasi dengan kereta, tidak ikut jalan raya, tetapi berjalan di dalam sawah padi. Betulkah dia dan selamatkah dia? Begitulah tamsilannya orang-orang yang menghalalkan cara. Apa saja halal demi mencapai matlamat baik, konon! Ada orang yang hendak bersedekah tetapi dengan duit curi. Sedekah itu baik tetapi jalannya tidak baik. Maka sedekah itu pun dianggap tidak baik. Ianya bukanlah kesilapan kecil yang boleh dipandang enteng, bahkan ia termasuk dosa-dosa yang membawa kemurkaan Allah dan Neraka.
Ampun maaf, antara kesilapan umat Islam ialah memandang kecil dalam soal cara-cara mendapatkan negara melalui politik pilihan raya. Pada saya, tidak dapat negara itu bukanlah satu dosa, tetapi menempuh cara-cara yang salah itu adalah dosa dan itu amat merugikan kita. Rasul-rasul banyak yang tidak memerintah negara. Ini menunjukkan ia bukan satu kesalahan. Tetapi berjuang untuk dapat memerintah negara dengan cara yang tidak betul, itulah yang salah.
Apakah perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam yang dilakukan oleh orang-orang yang berpolitik secara pilihan raya ini? Antaranya ialah:
1. Melantik diri sendiri menjadi pemimpin
Mengaku dan berkempen tentang kebaikan serta kebolehan diri. Membuat janji-janji muluk duniawi kepada rakyat sebagai upah kepada rakyat kalau memberi undi kepadanya. Kadang琸adang janji itu keterlaluan hingga tidak mungkin dilaksanakan.
Dalam Islam, seseorang itu tidak dibenarkan melantik atau mencalonkan dirinya jadi pemimpin. Apalagi mengaku dan mendabik dada tentang kebolehan dan kebaikan diri dalam memimpin. Hal ini bertentangan sekali dengan akhlak Islam. Kepimpinan bukan perkara yang jadi rebutan dengan mengaku diri baik. Orang yang tergamak mengaku dia adalah pemimpin yang baik, adalah orang yang tidak baik untuk dipilih sebagai pemimpin. Manusia yang mendengarnya rasa jelik kerana di dalam Islam tidak boleh mengangkat diri. Kebaikan biarlah Tuhan yang mengakui dan orang ramai mengakui, bukan diri sendiri.
2.Melibatkan orang-orang yang tidak layak membuat pemilihan pemimpin
Dalam pandangan Islam, kaum wanita, orang-orang tua dan golongan jahil yang tidak faham kedudukan dan soal-soal kepimpinan, tidak diminta campur tangan dalam menentukan pemimpin-pemimpin negeri atau negara. Ini kerana mereka tidak boleh menilai. Melantik pemimpin adalah tugas Ahlul Halli wal Aqdi. Merekalah yang berautoriti untuk menentukan orang-orang yang mampu memimpin negara.
Adakah murid-murid sekolah layak menentukan orang琽rang yang boleh menjadi guru untuk mengajar mereka? Tentu tidak, bukan? Begitulah juga rakyat umum sebenarnya tidak layak untuk menetapkan siapa pemimpin mereka. Kalau diminta juga, maka terlantiklah orang-orang yang tidak tepat yang tidak mampu untuk melakukan kerja-kerja memimpin ini. Jangan-jangan perompak yang dilantik. Akhirnya wang-wang negara dirompaknya.
Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: Bila urusan diserah kepada yang bukan ahli di bidangnya, maka tunggulah saat (kehancurannya) .?(Riwayat Al Bukhari dari Abu Hurairah)
3. Berbuat dosa besar dalam usaha menjadi pemimpin
Dalam usaha menaikkan diri sendiri atau kawan untuk menjadi pemimpin, maka demi untuk menjatuhkan lawan dari parti lain, yang juga beragama Islam, terjadilah umpat-mengumpat, memfitnah, memberi malu, menuduh dengan sesuka hati hingga bergaduh dan berpecah sesama umat Islam dan lain-lain lagi. Semua ini adalah dosa-dosa besar, apalagi kalau dilakukan kepada sesama Islam.
Dosa ertinya kemurkaan Allah dan Neraka. Apakah kerana hendak menjadi pemimpin dalam negara Islam, kita berani menghalalkan semua perkara yang haram ini? Apakah pihak lawan gembira dengan negara Islam itu nanti yang diperolehi hasil dari menghina, memfitnah, membuka aib orang, mengumpat, memecahbelahkan hati dan perpaduan sesama Islam? Dan apa jaminan bahawa pemimpin yang naik dengan cara ini boleh menjadi pemimpin yang mulia peribadinya untuk menaungi seluruh rakyat termasuk yang bukan pengikutnya dan yang bukan Islam?
Akan berlakukah perpaduan sejati di atas segala sakit hati, dendam, rasa permusuhan yang berlaku semasa pilihan raya di antara parti lawan dan pemerintah yang menang walhal sebelum menang dia sudah memeeahbelahkan umat. Bolehkah orang ramai terima pemerintah setelah mereka sakit hati? Kalau orang ramai bertindak balas, adakah pemerintah itu tidak bertindak balas semula?
Dapatkah masyarakat yang sudah berpecah belah oleh segala maeam sakit hati, rusuhan dan mungkin pembunuhan itu bermaaf-maafan? Kalau tidak, sudah tentu sakit hati dan permusuhan itu akan menebal berpanjangan, menunggu pilihan raya akan datang untuk mengambil peluang menjatuhkan pemerintah. Adakah pula pemerintah itu tidak sakit hati kerana dijatuhkan?
Mungkinkah akan wujud negara Islam sebenar melalui politik pilihan raya ini? Dapatkah dibina baldatun toiyibatul1 warabbun ghafur, yakni negara yang aman makmur dan mendapat keampunan Allah melalui kaedah politik kotor ini?
4.Terjadi dan merebaknya gejala beli pengaruh dan sokongan
Adakah halangan terjadinya rasuah, membeli undi, tawaran-tawaran projek, tawaran jawatan, tender-tender dan lain-lain bentuk politik wang di dalam pemilihan pemimpin ini? Bahkan ia sebenarnya kian merebak dan begitu meliar sekali. Siapa banyak wang boleh jadi pemimpin. Kerana dia boleh beli pengaruh dan sokongan. Siapa tidak pandai main wang, tidak boleh jadi pemimpin walaupun mempunyai karisma dan kebolehan memimpin yang tinggi.
Perkara ini sungguh hina dan terkutuk di sisi Islam. Tetapi mengapa pemimpin-pemimpin yang memperjuangkan Islam mendiamkan diri dan merelakannya bahkan ikut serta dalam permainan yang kotor ini? Bahkan ulama pun tidak menegur. Bagaimana ulama-ulama hendak menegur, sedangkan mereka pun terlibat dengan politik pilihan raya. Kadang-kadang sikap mereka di dalam pilihan raya lebih kotor lagi daripada orang yang bukan ulama. Ulama pun ikut kotor sarna kerana menempuh sistem yang kotor. Orang Barat yang mencipta sistem itu sendiri berkata: Politic is dirty.?
Jalan yang kotor itulah yang ditempuh oleh para ulama. Mana boleh kita bersama-sama dalam kancah maksiat, kerana benih Islam bukan tumbuh di atas najis! Mungkinkah akan dapat padi kalau ditanam di hutan lalang? Bolehkah agama hak Allah yang begitu murni kita lacurkan di tempat yang hina, demi mengharapkan keredhaan Allah?
Apakah Allah suka cara kita menjaja Islam bagaikan pengemis meminta sedekah kepada musuh? Di manakah kehebatan Islam kalau begitu sekali daifnya, menumpang tapak orang untuk naik? Adakah Tuhan yang Maha Suci itu meredhai jalan yang kotor itu? Maha Suci Tuhan!
Hakikatnya perbuatan menagih negara Islam melalui pilihan raya ini samalah kita menghina dan merendahkan Islam yang maha tinggi itu. Hakikatnya kita mengajak musuh bersorak-sorai melihat hina dan lemahnya agama Islam itu. Politik wang sebenamya membuka laluan untuk musuh membeli kita dengan harga yang murah. Selamanya Islam tidak boleh didaulatkan melalui laluan kotor ini.
5. Melantik wanita menjadi pemimpin kepada lelaki
Melantik atau mencalonkan perempuan untuk menjadi pemimpin atau ketua kepada lelaki adalah jelas sekali bercanggah dengan Islam. Islam telah menetapkan lelaki adalah pemimpin kepada wanita. Ertinya, imam kepada wanita itu adalah lelaki. Mana boleh wanita menjadi imam kaum lelaki. Bilamana wanita dijadikan ketua umum, Rasulullah SAW mengatakan:
Maksudnya: Rosaklah para lelaki tatkala mereka mentaati wanita.?(Riwayat Ahmad)
Sabda baginda lagi:
Maksudnya: Tidak akan berjaya satu kaum yang melantik wanita sebagai pemimpin mereka.?(Riwayat Al Bukhari)
Sabdanya lagi:
Maksudnya: "Janganlah hendaknya seorang wanita menjadi hakim yang mengadili masyarakat umum.?(Riwayat Ad Dailami)
Orang perempuan hanya dibenarkan untuk menjadi imam atau ketua kepada kaum mereka sahaja. Itu pun sebagai wakil kaum wanita untuk menyampaikan hasrat mereka kepada pemimpin lelaki. Biasanya wakil yang dipilih itu ialah isteri kepada pemimpin. Umpama Rasulullah SAW melantik isteri baginda untuk mengetuai kaum wanita di zaman baginda. Dalam Islam, wanita berjuang sebagai sayap kiri atau pembantu kaum lelaki dan sebagai barisan belakang dalam peperangan.
6.Terjadi kecuaian dan tidak mampu mengikut disiplin
Islam yang mumi Semasa pilihan raya, terjadi cuai sembahyang, tidak menjaga akhlak, tidak mampu lagi mengikut disiplin Islam yang mumi itu, berlaku pendedahan aurat, pergaulan bebas, tipu daya, sengketa dan lain-lain maksiat lagi. Terlalu banyak perkara haram berlaku sewaktu kita hendak dapatkan negara Islam. Mana ada lagi keindahan Islam? Tipu daya dan mainan kotor itu dibenci orang.
Kalau dengan cara inilah kita mengasaskan negara Islam, berapa orang saja yang akan senang dan dapat rasa keindahan Islam itu. Dapatkah orang bukan Islam tertarik kepada Islam yang begini? Jangan-jangan umat Islam sendiri pun rasa benci dan takut dengan Islam yang begini, apalagi bagi yang bukan Islam.
Saya minta maaf sekiranya teguran dan kritikan ini terlalu tajam dan menyakitkan. Moga-moga ia tidak bercanggah dengan akhlak Islam. Dan moga-moga ia menepati firman Allah seperti berikut:
Maksudnya: Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh. Dan saling nasihat-menasihati kepada kebenaran dan nasihat-menasihati kepada kesabaran.?(Al Asr: 1-3)
Saya yakin apa-apa yang saya dedahkan ini, yakni perihal mainan politik kotor yang bercanggah dengan Islam, sudah lama dirasai oleh umat Islam yang cintakan kebenaran. Cuma tanda tanya itu terbiar begitu saja. Tiada siapa yang mahu memandang serius. Saya sendiri baru inilah mahu membangkitkannya sesudah terlalu banyak bukti bahawa politik pilihan raya ini membawa lebih banyak keburukan dari kebaikan. Sebab ia berjalan bukan di atas landasan syariat Islam. Ia berjalan di atas syariat orang kafir yang sangat bertentangan dengan syariat Islam.
Saya berani mengatakan bahawa cara ini tidak akan membawa kepada negara dan masyarakat Islam yang sebenarnya. Ya, mungkin boleh menang pilihan raya, tetapi pengisian kepada negara Islam itu tidak boleh berlaku seperti sepatutnya. Hal ini sudah terbukti di banyak negara di dunia, yang mana negara dikatakan Islam hanya pada nama dan tidak dihormati oleh dunia. Bahkan lebih banyak berlaku masalah di dalam negara yang mengaku Islam ini daripada yang berlaku di negara orang kafir. Begitu juga di negara umat Islam yang kaya pun lebih banyak masalah yang berlaku daripada negara-negara umat Islam yang miskin. Ia seperti mendapat kereta tetapi tidak dapat digunakan? Apalah ertinya kereta seperti itu.
Pendek kata, kebangkitan Islam dan negara Islam mirip atau ala salafussoleh tidak akan tertegak melaluijalan politik pilihan raya. Ia tertegak melalui motivasi, pendidikan, kasih sayang serta membuat contoh (model) terlebih dahulu di dalam jemaah, insya-Allah. Motivasi, pendidikan dan pendekatan kasih sayang serta melahirkan contoh itulah politik Islam sebenarnya. Yakni politik oleh Parti Allah, yang bersih lagi membersihkan. Yang selamat lagi menyelamatkan.
Motivasi, pendidikan, kasih sayang serta contoh (model) di dalam jemaah adalah alternatif kepada politik pilihan raya. Ia dapat menawan hati, bukan berebut kerusi. Ia tidak memecahbelahkan tetapi menyatu-padukan. Ia tidak menipu daya tetapi membawa kebenaran dan keadilan. Ia tidak menghina bahkan memuliakan manusia. Ia menarik perhatian orang bukan Islam kepada Islam, bukan menjauhkan mereka dari Islam. Ia dapat mengalih dan mengubah masyarakat dari jahiliah kepada Islam. Ertinya, ia mampu mengubah sebuah negara kepada Islam tanpa sengketa, insya-Allah.

Subscribe to:
Posts (Atom)